Picture
assalamualaikum...salam ukhuwah buat semua sahabat...

    kalau dulu.... 

"enta sekolah mana ?" 

                                          "al-amin bangi" (gaya proud 2 b al-aminians)


"sampai spm kan kat situ"

                                                                                "ha'ah...spm 2009"



" kelas mana? " 

                                                       " 5 ibnu taimiyah yang happening tu"

"ooo..."

...............................

sedang sembang kopi di tepian bangi bersama dengan member sekolej...

"eh, brader ni sekarang kat ne?
dia sambung belajar atau part-timer?"

                                                         "oo..dia ni... hurmm.. tak sure lah
                                                                          ana rase dia sambung"

"enta tau kat mane?
ana dah lama tak lepak dengan dia"

                                                                    "entah la..tak sure pulak"

=_=

oleh itu kawan2 sekalian... mari kita isi di ruangan 'anda di mana sekarang' di penjuru atas kanan... kalau malas nak scroll up balik, klik link kat bawah ni je...
http://9enerasi.weebly.com/anda-di-mana-sekarang.html
    
   " walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat"

iklan jap..
moga ukhuwah dapat di'yahoo'kan agar jadinya kita group yang hebat!
http://groups.yahoo.com/group/9enerasi/
sila lah request untuk join group ni...


 
 
Picture


Majlis Amal Sumbangsih Musolla Sekolah Sri Al-Amin Bangi
Tarikh: 30 April 2011
Masa: 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat: Dewan Gemilang, German Malaysian Institute, Taman Universiti, 43000 Kajang
Tiket dijual dengan harga RM50 sahaja untuk satu kerusi
boleh dapatkan tiket daripada ahli gen9 berikut:
Athif Zainal (ikhwah)
Izyana Hariffin (akhawat)

Istimewa--kumpulan Saff-One dan Muadz
Anjuran:
Sekolah Sri Al-Amin Bangi
Islamic Relief Malaysia (IRM)
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Sri Al-Amin Bangi (PIBG)
Former Al-Amin Bangi Students' Association (FASA)
Picture
 
 
Picture
salam 'alaik, 

salam ukhwah, alhamdulillah kita telah melangkah ke bulan ketiga dalam kalendar hijrah.. 

Rabiul Awal... ada apa?

setiap tahun Rabiul Awal semestinya bersangkut rapat dengan kelahiran manusia yang paling agung Junjungan mulia Nabi Muhammad saw...

kami sayaaaannnnggg nabi!

camne nak tunjuk kita cinta nabi?

selawat jom!
الللهم صلي وسلم على سيدنا ومولنا محمد 


eh..jap...

camtu je?

lepas tu, ok2 try selawat lain...amacam?

tak da la... kalau setakat nasyid selawat semua orang boleh... 

camne nak betul2 power punye sayang kat nabi?

 saya! saya! saya! 

haaa...yang angkat tangan tu...apa kata anda?

kita amalkan sunnah baginda..

haa tepat sekali dan selamanya

"sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (iaitu) yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah"

follow apa yang Rasulullah buat...
ayuh...

apa ye yang Rasulullah selalu buat?

solat jemaah?
puasa sunat?
solat sunat?
qiamullail?
banyak lagi...
inshaAllah...

jika nak listkan semua, banyak seyhhh...
kata manusia paling hebat nian amat!

 tapi jangan memilih-milih sangat? camne tu?
klik di sini>SINI...LAH<klik di sini

akhir kalam, صلوا على النبي...

 
 
salam semua..Insyaallah meeting perdana kita akan diadakan seperti berikut:

tarikh: 4/2/2011 (jumaat = raya cina)
masa: 9.15 pagi (ketibaan)
tempat: macam biaso lah..dewan sekolah menengah..


-kehadiran amatlah diwajibkan..ahli majlis tertinggi 09/10 juga diwajibkan..

...-setiap ahli diminta bawa rm20 je untuk yuran tertunggak..kalau tak tuhan marah..ayookk!! "barangsiapa yg memudahkan urusan saudaranya..nescaya akan dipermudahkan urusan baginya"

*makanan insyaallah akan disediakan..
*yg kat luar negara tu tunggu jela keputusan yerk..dan doakan semuanya dipermudahkan..

kpd yang x hadir, sila bgtau alasan yg munasabah...

wassalam...
 
 
salam ukhuwwah,

pertamanya, tahniah kepada 9enerasi sebab berjaya kekalkan ukhuwwah..semoga berkekalan..InsyaAllah..

secondly, mesti la nak kaitkan dengan topik. "takda presiden??bagaimana??"..
presiden tanya semula "camne agak2nya tu??"
ok, seperti yang diketahui ramai, 9enerasi sekarang kehilangan presiden a.k.a Ahmad Faiz Ramli dan timbalannya a.k.a Nasreen Dianah bt Mat Zaini..(sambung belajar ye)..
jadinya, macam mana nak bergerak aktif kalau orang atas takde..mestilah kena ada pemangkunya..kan??kan??

yang berikutnya, setelah dibincang dan berbincang. perlu jugalah gen kita ada pemangku supaya mudah,cekap,tepat (dah macam polis punya moto lak) nak lakukan kerja..

jadinya, maka dengan ini akan diadakan meeting perdana G9 pada awal bulan januari 2011 (tarikh tetap akan diberitau kemudian). tempat di al-amin(perubahan akan dibagitau)..

*semua diwajibkan hadir supaya tiada timbul kecurigaan atau ketidakpuasan hati atau *membah atau sekutu dengannya..

sekian...harap tersebar dan maklum dan bertindak...
                          ------------------------------------------------------
'Genine Ranger' hijau berehat untuk jangka masa beberapa tahun... perlukan ranger yang lain untuk memangku tugas... so, calling all rangers the fate is lying in your hands!
Picture
 

coreband

11/17/2010

0 Comments

 
Picture
melapah kambing berjemaah...

firstly, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
anda akan jawab ini: waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh

secondly, selamat hari raya aidiladha... kullu 'am wa antum bikheir
anda akan jawab : selamat juga..

thirdly, .... dah2 tak payah...nak 1stly,2ndly...

ok.. menyebut pasal tajuk post ni iaitu korban
(coreband; saje nak bagi bunyi lain sikit)..
korban atau masdarnya pengorbanan..

apa itu pengorbanan?
ada orang kata pengorbanan itu kemestian... tapi
ade je org duk lepak je... tapi still boleh berjaya gak hidup dia..
itu dia punya pasal la die dah gifted ...

ade orang kata" tiada perjuangan tanpa pengorbanan.."
ini tidak boleh tidak(pinjam ayat YB Zarith kita; lama tak jumpa nooh) kita tak boleh nafikan...hidup ni satu perjalanan yang di dalamnya ada perjuangan untuk menuju matlamat atau destinasi

tidak!!..takfaham!!..
ok...life is a journey... what it takes to reach your destination?
contoh paling mudah; anda nak pergi balik kampung raya nun jauh ke utara... anda kena korban masa duduk dalam keteapi/bas/plane atau tekan pedal minyak selama berjam-jam untuk sampai ke kampung anda... apa yang anda dapat? lenguh kaki,/ lenguh la duduk lama sangat... itu lah pengorbanan...bile first time memang rasa memenatkan... tapi bila dah selalu buat rasa alah tenat tegal TAK penat...
Picture
forthly,<(apa ni? kan dah cakap tak payah susah2 nak letak 3rdly,4tly...)..(tak apa2.. ni la pengorbanan.. alah bisa tegal biasa... ehh betul ke peribahasa ni..?)

SAYA SUKA MENYEMBELIH,MELAPAH,meratah DAGING...
satu pengorbanan bagi mereka yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban... lembu ada, kambing ada..unta pun ada maaa... ayam menari chicky dance(suka)!
ibadah korban=salah satu cara menghapus dosa... amiin kepada yang melaksanakannya..

kepada yang mengusahakan juga boleh tahan gak ...

sehari suntuk melapah,
dari pagi ke malam penat la jugak(pengorbanan),
lepas ni sibuk meratah,
sup tulang ada, boleh masak rendang jugak(lumayan)..

ni je kot... 'salam adha salam pengorbanan'...^_^

 
 
Assalamualaikum...kawan-kawan..

"Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini" -Edcoustic



kawan-kawan... teruskan apa yang patut diteruskan 
generasi bukanlah sekadar generasi...
biarlah generasi yang berisi...
Picture
kalau kamu dan saya perasan, kita dah susah nak jumpa...
kalau dulu kamu kawan saya yang paling kerap saya jumpa...
kalau dulu saya dan kamu, sekarang saya dan dia...sekarang kamu dan dia..


apa boleh buat? hmmm... 


pengajaran dari kemerepekan ini:
jangan 'lost contact' antara kalian...
hampir setahun kita tidak lagi pergi sekolah sama-sama...
studi sama-sama...
berSPM sesama...
so, sesamalah kita mendekatkan hati yang jauh..
bak kata iklan susu pekat manis F&N: "dulu mendekatkan, sekarang mengakrabkan.."


sekian saja dari saya... ws
 
 
Picture
salam 'alaik,

syukur padaNya kerna dapat sampai ke bulan syawal...
first sekali...
Selamat Hari Raya Eidulfitri
Maaf Zahir dan Batin

untuk makluman anda, sekolah kita memerlukan dana untuk pembinaan surau yang akan dimulakan kerja-kerja pembinaannya pada akhir tahun

Picture
Picture
-------------------

Maklumat:

RM100k diperlukan akhir tahun ini untuk memulakan pembinaan surau.

pembinaan surau disasarkan selesai sebelum Ramadhan 1432H/ 2011, semoga kita dapat mula menggunakan surau tersebut pada Ramadhan akan datang. Ayuh!

FASA pernah menyeru supaya setiap batch mengumpulkan RM 2000 untuk disumbangkan ke tabung ini...

jadi, lepas kira-kira... kita tetapkan untuk batch kita RM 10 sebulan untuk seorang

kira-kira:

RM10x 40(anggaran batch kita)= RM 400
RM 400 sebulan
Hence, kita perlukan kurang lebih 5 bulan untuk samapai ke sasaran RM2K...

amacam? Yup! jom kumpul duit raya!

untuk memudahkan urusan kutipan duit, sila bagi ke ajk2 gen9 kita...
 
 
Picture
salam alaik,

ramadhan nak pergi dah...
jadi, siapa puasa penuh angkat tangan!

kawan-kawan,
kita dah berpuasa untuk sebulan seperti yang telah difardhukan ke atas kita semua... malah kita dah sedia maklum sejak kecil lagi bila kita belajar dan tahu rukun islam...

kita puasa sebulan lepas tu raya...

adakah kita layak meraikan hari kemenangan
dengan kata lain, adakah kita termasuk dalam golongan mereka yang menang...
kita menang apa yek?
menang dengan dugaan berpuasa?
menang dengan amal ibadah kita?puas?belum?
menangkanlah diri kita agar kita menjadi orang yang bertaqwa (لعلكم تتقون)...

+alhamdulillah... moga kita mendapat apa yang patut kita dapat daripada Ramadhan dan syukur pada kalian yang turut gempur pada 10 yang akhir jamaie mahupun fardhi..
 
 
Picture
dapatkan murtabak anda di bazaar yang berhampiran
********
" Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan baginya, kegembiraan yang pertama ialah saat dia berbuka puasa dan kegembiraan yang kedua saat dia bertemu dengan Tuhannya."

Salam' alaik...

InshaAllah kita akan melaksanakan Iftar Perdana g9...

              Bila?:                      Sabtu malam ahad, 28 Ogos 2010
              Di mana?:             Rumah Akh Faiz Ramli
             
  • sampai selewat-lewatnya jam 6.55 pm.
  • buka puasa dengan kurma dan air mineral je dulu...
  • solat maghrib berjemaah.
  • makan!!!! dan tunggu isyak..
  • solat isyak berjemaah...
  • tazkirah 
  • صلاة تراويح من قيام شهر رمضان اثابكم الله  (lapan rakaat)
  • solat witir
  • moreh
  • majlis dijangka habis jam 9.45pm...
-datang awal sebab maghrib masuk dalam 7.22 pm..
-kalau boleh, siap berwudhu' dari rumah...
-sila hadir dengan NIAT LILLAHI ta'ala...

wassalam...

kalau ada ketidakcukupjelasan, sila shout di box...