Picture
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi

Masa: 8.30pg-12.20tgh

Hari/tarikh: Ahad, 10 Januari 2010

 
Majlis Graduasi yang julung-julung kali diadakan ini alhamdullilah berjalan dengan lancar dan mengikut aturcara yang dirancang. Malahan, ia mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada lepasan spm 2009 namun turut menarik perhatian generasi ke 9 yang tidak lagi meneruskan pengajiannya di al-amin untuk turut hadir dalam majlis yang julung-julung kali diadakan ini.

                                               

Majlis yang julung-julung kali diadakan ini dimulakan dengan bacaan umul kitab Al-Fatihah dan dipengerusikan oleh  saudara Mohd Athif bin Zainal Arifin beserta saudara  Mohd Na’im bin Fadhil. Pada awal majlis, saudara pengerusi telah menjemput saudara Ahmad Faiz bin Ramli selaku presiden generasi ke 9 untuk memberi sedikit taklimat tentang aktiviti generasi ke9 sepanjang setengah bulan ini. Malahan, saudara Ahmad Faiz bin Ramli juga memperkenalkan misi dan visi fasa kepada semua ahli generasi ke9.

 

Selain itu, kami juga didedahkan dengan barisan kepimpinan generasi ke9.  Malahan, kami juga secara demokrasi memilih RM20 sebagai bayaran setahun untuk tabung dana generasi ke9. Kami juga didedahkan dengan takwim generasi ke9 sebagai langkah awal untuk menyiapkan diri dalam melibatkan diri dalam semua program yang dirancang.

 

Selepas saudara Ahmad Faiz bin Ramli habis memberi taklimat, majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia usrah khas untuk generasi ke9. Multimedia ini diselitkan dengan beberapa kata-kata daripada muallimah sebagai cara untuk membangkitkan unsur tarbiyah dalam diri setiap orang. Selepas itu,muallim Fadli mendedahkan kumpulan-kumpulan usrah agar tarbiyah di al-amin tidak disia-siakan. Majlis kemudian menjemput saudara Mohd Na’im bin Fadhil sebagai pengarah majlis graduasi ini memberi sedikit ucapan  dan kata-kata diatas penat lelah ahli jawatankuasa menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini.

 

Majlis diteruskan lagi dengan acara permainan melukis di atas baju putih dan siapa yang paling kreatif akan mendapat hadiah. Semua orang bertungkus lumus menyiapkan baju itu. Malahan, ada yang melakukannya sambil makan disebabkan masa yang diberi tidak mencukupi.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu telah tiba. Majlis graduasi pelajar lepasan spm 2009. Majlis  menjemput muallimah Rohida binti Jamaludin diiringi muallimah Norasyikin binti Ahmat untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar lepasan spm 2009. Majlis tamat sekitar pukul 12.20 tengah hari. Majlis ditutup dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

 

Disediakan oleh:

NADZIRAH BINTI MOHD SHARIL

 


Comments

07/19/2012 17:19

http://www.louisvuittonusauks.co.uk/ louis vuitton bags
http://www.greatlouisvuittonbags.org/ louis vuitton purses
http://www.louisvuittonpursebags.org/ Louis Vuitton Purses
http://www.louisvuittononlinesshop.org/ Cheap Louis Vuittonxx
http://www.officiallouisvuittonzones.net/ louis vuitton outlet
http://www.hermesoutletsus.com/ hermes Purses
http://www.cheapsuprashoe-s.com/ cheap supra shoes

Reply



Leave a Reply